
Selasa, 13-10-2015 – Tentera rejim penjajah Israel lancar kempen pembersihan dengan menangkap ramai penentangnya. Kempen yang mensasarkan penduduk awam warga Palestin itu, dijalankan secara besar-besaran di seluruh daerah al-Khalil, wilayah selatan Tebing Barat pada subuh hari Rabu, kelmarin.
Menurut kata, Mohamed Awad, Jurucakap Jawatankuasa yang menentang penempatan haram Yahudi, tentera rejim penjajah Israel menyerbu masuk bandar Beit Ummar di utara daerah al-Khalil dan bertindak pantas mengeledah kediaman penduduk tempatan sebelum menangkap dan membawa keluar 6 pemuda warga Palestin termasuk beberapa bekas tahanan.
Sejumlah penduduk awam didapati mengalami sesak nafas akibat terhidu gas pemedih mata yang dilontar pihak tentera rejim tidak lama selepas kejadian.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali