Categories
Berita Semasa

12 rakyat Palestin ditangkap dalam Green Line

Selasa, 13-10-2015 – Pasukan polis Israel menahan 12 pemuda Palestin semasa pertempuran yang berlaku di Umm al- Fahm dan Lod antara Green Line .

Pertempuran meletus apabila polis Israel dengan kejam menyerang dua perarakan aman yang dianjurkan di kedua-dua bandar Arab sebagai protes terhadap polis Israel dan kekerasan melampau tentera di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis. Tujuh belia telah ditahan di Umm al- Fahm, manakala lima lagi ditahan di bandar Lod. Sumber media Israel mendakwa bahawa anggota polis mendapat sedikit kecedaraan semasa pertempuran yang dilaporkan di Lod.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada