Categories
Berita Semasa

Hamas: Sekolah Israel Ditutup Bukti Kepada Kegagalan Mutlak

Selasa, 13-10-2015 – Gerakan Islam Hamas menegaskan bahawa keputusan penjajah Zionis menutup kebanyakan sekolah Israel merupakan bukti kepada kegagalan dan kelemahan menghadapi tentangan dari Palestin.

Jurucakap Gerakan Hamas Dr. Sami Abu Zuhri dalam suatu kenyataan pada hari Rabu(7/1) malam berkata bahawa keputusan penjajah Zionis menutup sebahagian sekolah tersebut merupakan “satu khabar akan kelemahan mutlak menghadapi gelombang massa Palestin” yang mula melakukan tentangan di pelbagai wilayah pendudukan Zionis.

Abu Zuhri menambah lagi, “Gerakan Hamas memberikan pengiktirafan kepada para pemuda Palestin di Tepi Barat dan Al Quds, yang telah membuat onar dan sukar kepada penjajah Zionis, serta mendobrak semangat perjuangan maksima dengan darah kepahlawanan mereka.”

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad