Categories
Berita Semasa

Penjajah rejim zionis menyerang penduduk Palestin di pusat pemeriksaan Hawara

Jumaat, 16-10-2015 – Pelampau rejim Zionis  pagi Isnin telah menyerang rakyat Palestin di dalam kereta mereka dan menghalang akses mereka kepada pusat pemeriksaan tentera Hawara di Nablus.

Saksi memberitahu wartawan PIC bahawa berpuluh-puluh penduduk rejim Zionis yang berdiri di stesen bas berhampiran Hawara menghalang kenderaan Palestin dengan batu.

Tentera Israel menyekat pusat pemeriksaan kenderaan yang datang dari Nablus dan membenarkan kemasukan orang-orang menuju ke bandar, tetapi saksi berkata, peneroka menghalang kemasukkan kenderaan ke pusat pemeriksaan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : syam