Categories
Berita Semasa

Pertelingkahan, kecederaan berlaku di Ramallah dan Nablus

Jumaat, 16-10-2015 – Pertelingkahan ganas tercetus pada Isnin di antara pemuda Palestin dan tentera rejim Israel di Ramallah dan Nablus. 11 warga Palestin cedera.

Saksi mata mendedahkan tentera rejim menghalang perarakan aman oleh para pelajar sekolah ketika menuju pusat pemeriksaan Atara. Seorang remaja Palestin bawah umur telah cedera akibat peluru getah manakala yang lain menderita sesak nafas akibat gas pemedih mata Israel.

Seorang lagi remaja bawah umur Palestin cedera akibat jatuh ketika cubaan melarikan diri daripada tentera rejim yang mengejarnya dekat kem pelarian al-Jalazoun di Ramallah. Remaja lelaki itu dipindahkan ke pusat perubatan tempatan untuk rawatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati