
Rabu, 04/04/07 –
Di dalam pertemuan pada selasa lepas di Ramallah dengan ahli perwakilan Amerika, Nancu Pelois, presiden Mahmoud Abbas bersedia untuk bertemu dengan perdana Menteri Negara haram Israel, Ehud Olmert dua minggu sekali bagi berbincang mengenai keamananan.
Abbas juga menjelaskan kepada pelawatnya mengenai perbincangan di Mekah pada Februari lepas yang membawa kepada pembentukan kerajaan gabungan di antara Fatah, Hamas dan parti Palestin yang lain menurut Saeb Eriqat, perunding Palestin kepada media.Eriqat berkata bahawa presiden Palestin melahirkan rasa kebimbangan di atas sekatan ekonomi antarabangsa ke atas kerajaan palestin walaupun gabungan cabinet telah di ujudkan.
Pertemuan Abbas-Pelosi sejajar dengan usaha diplomasi yang aktif oleh Amerika di kawasan tersebut bertujuan merapatkan jurang di antara Palestin dan Israel.Di dalam lawatan keempatnya di kawasan tersebut pada Mac lepas, Setiausaha Amerika syarikat, Condoleeza Rice menekankan bahawa kedua-dua pihak, Israel dan Palestin perlu mewujudkan satu agenda bersama bagi merealisasikan penyelesaian pengwujudan dua Negara.