Menteri Pertahanan Israel Beri Lampu Hijau Operasi Pembunuhan di Gaza.


Rabu, 04/04/07 –
Menteri Pertahanan Israel, Amir Peretz telah memberi lampu hijau kepada para komandan pasukan Israel untuk melakukan rangkaian pembunuhan terhadap para pemimpin dan pejuang Palestin di Semenanjung Gaza. Tanpa mengambil kira sebarang gencatan
senjata yang telah disepakati dengan pihak Palestin.


Peretz mengatakan, beliau tidak akan berdiam diri melihat semakin besarnya kekuatan Gerakan Pejuang Islam Hamas dan seluruh fraksi pejuang Palestin yang lain di Semenanjung Gaza. Bahkan pihaknya akan bergerak menyekat serangan-serangan roket
(Palestin) ke arah penempatan imigran Yahudi yang berdekatan dengan Semenanjung Gaza. “Kami tidak akan menerima Semenanjung Gaza berubah menjadi Lubnan kedua,”tegasnya.

Radio Israel mengutip pernyataan Peretz yang mengatakan bahawa pihaknya telah mengizinkan pasukan Israel menyerang mana-mana sel Palestin yang melepaskan tembakan roket ke sasaran Zionis Israel di dalam wilayah ‘garis hijau’di Palestin terjajah
1948. Serangan itu boleh dilakukan sama ada sebelum, sesudah atau ketika serangan roket (Palestin) berlaku.

Mengenai keadaan di wilayah perbatasan dengan Lubnan, Peretz mendakwa bahawa Israel
tidak ada sebarang niat untuk melakuakn serangan. Beliau mengisyaratkan bahawa pemerintah Israel sedang berusaha sama ada secara terangan-terangan maupun sembunyi-sembunyi untuk membebaska ketiga-tiga tentera Israel yang ditawan pejuang
Lubnan.