
Selasa, 20-10-2015 – 10 pemuda warga Palestin cedera dalam pertempuran yang berlaku antara pemuda Palestin menentang anggota tentera rejim Israel di bahagian timur kem penempatan sementara, al-Bureij di tengah Semenanjug Gaza, pagi Khamis, kelmarin.
Satu kenyataan yang dimuatnaik dari akaun Facebook milik Ashraf al-Qudra, Jurucakap, Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza, 8 dari mereka mengalami sesak nafas akibat terhidu gas pemedih mata manakala 2 lagi cedera terkena tembakan peluru hidup tentera rejim Israel. Bagaimana pun, kecederaan mereka tidak serius. Pada masa ini, pertempuran sengit antara pemuda Palestin dan anggota tentera rejim Israel itu, masih lagi berlaku.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin