
Selasa, 20-10-2015 – Pergerakan Hamas menuduh Setiausaha Agung PBB Ban Ki –Moon sengaja membutakan mata terhadap jenayah Israel yang dilakukan terhadap pemuda Palestin dandi bawah umur.
Jurucakap Pergerakan Sami Abu Zahri berkata dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan petang Isnin bahawa Ki –Moon membutakan mata terhadap jenayah yang dilakukan oleh Israel dan yang terbaru kali ini menembak kanak-kanak Palestin Ahmed Mounasra dan meninggalkan dia mengalami pendarahan selama berjam-jam dengan cara yang sangat tidak berperikemanusiaan. Diam Ki -Moon terus menjadi suatu perlindungan politik bagi jenayah Israel , kata Abu Zuhri. ” Sama ada kamu memikul tanggungjawab kamu atau tinggalkan pejabat,” katanya merujuk kepada Setiausaha Agung PBB.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada