Categories
Berita Semasa

Rejim Israel tahan 20 warga Palestin di Tebing Barat.

Khamis, 22-10-2015 – Tentera rejim Israel lancar kempen besar-besaran dengan menjalankan operasi menangkap dan menahan warga Palestin di beberapa kawasan di Tebing Barat pada awal pagi Isnin, kelmarin. 20 warga Palestin telah ditahan dalam operasi tersebut.

Di al-Khalil, tentera rejim Israel menahan 5 warga Palestin yang berasal dari beberapa buah daerah berlainan termasuk seorang wanita berusia 50 tahun dan anaknya semasa mereka dalam perjalanan keluar melalui pintu sempadan al-Karama ke Jordan.

Tentera rejim Israel turut menjalankan operasi pemeriksaan dengan menyerbu dan memecah masuk beberapa buah rumah warga Palestin di Karmeh dan Terqoumia, 2 bandar dibawah pentadbiran àl-Khalil. Dalam operasi itu, pihak tentera rejim telah mengedar notis arahan kepada penduduk tempatan di mana pihak rejim akan mengetatkan langkah-langkah keselamatan dengan membuat sekatan ketenteraan di laluan masuk sekitar kedua-dua bandar tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali