
Khamis, 22-10-2015 – Delegasi dari Gerakan Hamas pada Isnin menyertai persidangan tentang peranan politik wanita ASEAN di Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh parti pemerintah Malaysia, UMNO.
Delegasi itu diketuai oleh pegawai kanan Hamas Khaled al-Qaddoumi. Pegawai gerakan itu di Malaysia juga turut menyertai persidangan. Qaddoumi mengadakan beberapa mesyuarat bersama parti UMNO serta delegasi dari negara-negara lain seiring dengan persidangan itu.
Salah satu mesyuarat adalah dengan Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi, yang menekankan sokongan tidak berbelah bagi negara itu terhadap perjuangan rakyat Palestin. Pegawai Hamas itu turut bertemu dengan setiausaha agung UMNO Adnan Mansour dan ketua Parti Islam Semalaysia (PAS) Abdul-Hadi Awang.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati