
Khamis, 05/04/07 –
Sejumlah besar anggota polis Israel dan pengawal sempadan mengiringi lebih daripada 60 peneroka-peneroka fanatik Yahudi semasa mereka melakukan ‘pelancongan’ yang merupakan pencabulan ke atas masjid Aqsa awal pagi Rabu semalam (4/4/07).
Azzam Al Khatib, Pengarah Baitulmuqaddis Awkaf berkata mereka telah melakukan provokasi terhadap orang Islam yang terkejut dengan langkah tersebut. Beliau menambah bahawa peneroka-peneroka bersama dengan anggota polis menghentak-hentak kaki di tempat keramat itu melalui pintu pagar Magharba yang berada di bawah kawalan askar-askar rejim Zionis semenjak Baitulmuqaddis diduduki pada tahun 1967.
Khatib memberitahu PIC bahawa peneroka-peneroka fanatik itu melawat masjid Aqsa selama sejam dengan perlindungan askar-askar mereka yang berjaya menghalang pengawal-pengawal masjid daripada mendekati kumpulan tersebut. Langkah tersebut boleh menggalakkan kumpulan fanatik Yahudi lain untuk menyerang tempat keramat itu semasa perayaan orang Yahudi dan mereka sanggup berkorban untuk ke sana.Bagi Yayasan Aqsa, ia akan menjaga tempat keramat Islam yang suci di Palestin dan memanggil orang Islam yang menetap disana sejak 1948 supaya kerap ke masjid disamping melindunginya bagi menghadapi tentangan terutama percubaan seumpamanya yang dilakukan awal pagi apabila kumpulan-kumpulan itu sengaja menyerang Aqsa.
Yayasan menyeru orang Islam supaya bersolat lima kali sehari di masjid dan mengekalkan kehadiran mereka secara tetap di sana untuk menghalang kumpulan fanatik Yahudi daripada menghentak-hentak tempat itu.Baitulmuqaddis Awkaf menyatakan bantahan kepada polis Israel dan mengutuk kelakuan sebagai satu pencabulan terhadap kesucian Aqsa. Ia menggambarkan langkah tersebut sebagai “provokasi” terhadap orang Islam dam memberi amaran bahawa ia mencabuli tempat ibadat orang Islam paling suci di Palestin.