
Khamis, 05/04/07 –
Kerajaan Penceroboh Israel, Rabu lepas (4/4/07) telah menyekat perjalanan Menteri Negeri PA, Wasafi Kabaha (gambar) tanpa memberikan sebarang penjelasan.Kabaha sedang menuju ke Jordan bersama delegasi ahli Parlimen Palestin di dalam lawatan asing yang bertujuan mengajak negara arab dan negara Islam lain menyokong Palestin dari penjajahan Israel dan sekatan ekonomi antarabangsa.
Pihak penceroboh Israel juga menyekat perjalanan ahli lain seperti Mohammed al – Barghouthi, Menteri Amal Siyam dan ahli-ahli Parlimen seperti Abdul Rahman Zeidan, Daoud Abu Seir, Khaled Tafesh dan Samira Halaika.Kabaha menyatakan bahawa tiada alasan diberikan dan beliau akan terus berusaha untuk bekerja bagi rakyat Palestin sama ada di luar atau di dalam Palestin.