Wanita Palestin Dibebaskan Setelah 4 Tahun Merengkok Dalam Penjara Israel.


Isnin, 09/04/07 –
Manal kembali ke Nour selepas bertahun-tahun di penjara Israel Manal Ghanem, wanita berusia 32 tahun, akhirnya dibebaskan pada Ahad lepas dari penjara Israel, setelah hampir 4 tahun berada di dalam penjara Israel .Di bandar raya Tebing Barat Tulkarem,Mrs. Ghanem yang melahirkan bayi yang telah berusia 3.5 tahun, anak perempuan beliau Niveen 11 tahun,dan anak lelaki Majid 9 tahun serta ahli-alhi keluarga lain telah menyambut Manal di luar kawasan tahanan Israel di Jbarah.

Manal yang ditangkap dirumahnya oleh sepasukan Israel pada 17 April 2003 semasa beliau mengandung. Beliau melahirkan anaknya Nour di dalam penjara Israel, dan beliau membesarkan anaknya sehingga May 2006, dan pihak berkuasa Israel telah melepaskan anak beliau ke keluarga Manal.Manal berkata dia menamakan bayi yang baru dilahrkiannya sebagai Nour, iaitu memberi makna ‘cahaya’ dalam bahasa Arab, dia selalu mempercayai bahawa satu hari nanti dia akan menerima ‘cahaya’ setelah ditahan.

Kira-kira,1,0000 orang banduan Palestin melibatkan 320 orang wanita dan ramai kanak-kanak masih berada dikurungan penjara Israel dan kem-kem tumpuan.Banduan-banduan berprofail yang dianggap yang boleh menimbulkan perbalahan rundingan damai Palestin-Israel akan diteruskan penangkapan mereka, dikatakan hampir setiap hari.