
Isnin, 09/04/07 –
Askar-askar Israeli yang mengawal pos pemeriksaan berhampiran bandar Jenin Tebing Barat telah menyerang satu pasukan perubatan Palestin petang Ahad lalu.Sumber Palestin berkata pemandu ambulans tersebut, Firas Haji Ahmad telah ditahan dan dipaksa terkeluar dari ambulans yang sedang dipandu menuju ke arah kampung Kufr Elra’y, selatan Jenin.
Saksi-saksi berkata askar-askar memukul pemandu ambulans tersebut walaupun penjelasan diberikan yang dia mahu menghala ke tempat yang mempunyai satu kes kecemasan.Askar-askar melepaskannya sejam selepas itu, menurut saksi.Terdapat kira-kira 450 tempat pemeriksaan Israel dan sekatan jalanraya di sepanjang Tebing Barat yang menghalang pergerakan sebahagian besar rakyat Palestin dan menyebabkan beberapa kematian di kalangan mereka antaranya disebabkan oleh penahanan selama beberapa jam.