Pembunuhan Beramai2 Akan Diteruskan !


Selasa, 10/04/07 –
Warga Arab dalam Knesset Israel (parlimen) Mohammed Baraka mengesahkan Isnin lalu bahawa rejim Zionis akan berterusan melakukan “pembunuhan beramai-ramai” terhadap penduduk Palestin di setiap pelusuk Palestin yang diduduki walaupun dalam tingkah laku sosial yang berbeza-beza.

Pengesahan Baraka hadir sewaktu penduduk Palestin sedang mengingati pembunuhan beramai-ramai di Deir Yassin di atas tangan kumpulan bersenjata Zionis dengan beratus-beratus kanak-kanak dan wanita Palestin disembelih pada tahun 1948.

“Rejim Zionis memaksa penduduk Palestin Jerusalemites dan yang hidup dalam era rampasan tanah pada tahun 1948 dengan menghimpunkan mereka mengikut kaum tertentu dan menafikan usaha penanaman atas tanah tersebut dengan tujuan untuk merampasnya selepas memaksa mereka keluar dari kawasan itu”, jelas Baraka.Dia juga menyatakan, “Mentaliti Zionis yang bersifat perkauman terhadap penduduk Palestin tidak berubah dan ini jelas digambarkan melalui pengasingan dan kurungan terhadap penduduk Palestin yang tinggal di Negev, Ghettos sebagai persediaan untuk merampas tanah pertanian mereka yang subur itu”.

“Berjuta-juta pelarian Palestin tersisih di negara sendiri yang berjiran dengan negara-negara Arab dan ini adalah bukti kukuh pembunuhan beramai-ramai Zionis terhadap musuh mereka sejak enam dekad lalu”, kata penggubal dasar itu.Dia juga memberitahu IOA masih memansuhkan ID pemastautin bagi beberapa penduduk Jerusalemites Palestin dan dalam proses merombak rumah-rumah mereka sehingga ke peringkat untuk menggagalkan dan memaksa mereka keluar dari bandar raya itu.