
Isnin, 14-12-2015 – Seorang pemuda Palestin ditembak mati selepas didakwa menikam 2 askar rejim Israel. Kejadian berlaku di Bandar Lama Baitulmuqaddis pada waktu tengahari Khamis, kelmarin.
Salah seorang askar itu cedera di bahagian leher dan badan tetapi tidak serius manakala seorang lagi cedera ringan di bahagian kaki. Demikian lapor media berbahasa Yahudi, Israel.
Menurut laporan Palestinian Infomation Centre (PIC), kejadian serangan itu berlaku di sebuah pos kecil kawalan sempadan, berdekatan penempatan Beit Hadassah (Dabboya), Tebing Barat. Tambah PIC lagi, pemuda itu telah ditembak oleh polis pengawal sempadan Israel dan mati serta merta di tempat kejadian.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali