Selasa, 02-02-2016 – Pada Rabu lepas (27/1/2016) , Israel melepaskan tembakan ke arah bot perikanan Palestin di barat al-Sudaniya, selatan Gaza. Rejim Israel kemudian menahan 4 orang nelayan dan merampas bot mereka.
Menurut jawatankuasa dokumentasi keganasan Israel ke atas nelayan Gaza, warga Gaza yang ditahan itu dibawa ke tempat yang tidak diketahui.
Serangan itu merupakan sambungan daripada siri perlanggaran Israel ke atas perjanjian yang mana Mesir menjadi perantara dan ditandatangani pada 26 Ogos 2014 rentetan keganasan Israel yang mengakibatkan kematian 2,300 rakyat Palestin, kebanyakkannya orang awam.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati