
Rabu, 25/04/07 –
Polis Israel telah memulakan penyiasatan terhadap Menteri Jabatan Strategik Israel, Avigdor Lieberman berkenaan sogokan, penipuan dan caj dalam menggelapkan wang, menurut sumber Hebrew seperti dilaporkan.Menurut sumber, Lieberman yang mengepalai parti Israel berhaluan kanan, Yisrael Beituna dituduh oleh polis menerima sogokan, menggelapkan wang, dan tidak berlaku jujur.
Akhbar Hebrew Yedioth Ahronoth mendedahkan bahawa polis juga menyiasat sebilangan usahawan Israel dan menyita fail-fail dan dokumen-dokumen yang ada kaitan dengan kes itu dari kediaman mereka.
Kertas siasatan itu selanjutnya mendakwa Lieberman mempunyai menerima “secara haram” sejumlah wang yang “besar” daripada ahli perniagaan Austria Yahudi, Martin Shlav yang menubuhkan Jericho Casino dengan kerjasama kerajaan Palestin pimpinan Fatah sembilan puluhan dekad yang lalu.Skandal Lieberman bukanlah sesuatu yang asing dikalangan sebilangan pegawai kerajaan Israel, ini termasuk presiden Moshe Katsav, Perdana Menteri Ehud Olmert, bekas Menteri Keadilan Haim Ramon, dan Menteri Kewangan Herchson yang merupakan sebahagian daripada pegawai yang telah disiasat atas skandal berkaitan seksual dan wang.