Israel Halang Syaikh Ikrimah Shabri Keluar Negara.


Rabu, 25/04/07 –

Pemerintah penjajah Israel melarang Syaikh Ikrimah Shabri, khatib masjid Al-Aqsa untuk keluar dari wilayah Palestin dengan alasan keamanan. Israel melakukan
tindakan tersebut ketika beliau sedang dalam perjalanan ke Jordan.

Syaikh Ikrimah Shabri menegaskan dalam pernyataan akhbarnya bahawa larangan Israel
untuk beliau keluar negara bertentangan dengan kebebasan individu dan hak asasi. Sementara itu, beberapa badan dan yayasan Islam mengecam tindakan Israel yang dilihat sebagai tindakan sumbang. Badan-badan tersebut meminta larangan tersebut dihentikan segera.

Tindakan yang sama dilakukan Israel dua minggu lalu terhadap Syaikh Taisir Rahab At Tamimi hakim agung Palestin untuk melakukan kajian undang-undang di Asy Syariqah, Emiriyah Arab Bersatu.

One reply on “Israel Halang Syaikh Ikrimah Shabri Keluar Negara.”

Comments are closed.