Olmert Mesti Letak Jawatan ?


Khamis, 03/05/07 –

Satu tinjauan pendapat awam yang dijalankan setiap hari oleh akhbar berbahasa Ibrani, Ha’aretz pada Rabu lalu telah menunjukkan bahawa majoriti rakyat Israel mahu Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert meletak jawatan.

Menurut undian, sekitar 68% responden menyokong perletakan jawatan segera Olmert selepas penemuan dalam laporan Winograd yang menyalahkan beliau atas kegagalan dalam perang Lubnan di mana kerajaannya mencetuskan pertempuran tersebut pada musim panas lepas.Hanya 23% responden mahu Olmert untuk menyambung tempoh perkhidmatan di pejabatnya tetapi hanya untuk setahun; setelah insiden memalukan di mana IOF ditewaskan ditangan pejuang-pejuang Hizbullah yang mengakibatkan kesan yang teruk di pihak kerajaannya.

Tetapi majoriti besar (85%) hasil tinjauan orang ramai di Israel mahukan Menteri Pertahanan Israel, Amir Peretz meletakkan jawatan; hanya 9% menyokong beliau Peretz tinggal di pejabatnya.Undian selanjutnya menyatakan bahawa jika pilihan raya parlimen adalah diadakan sekarang, puak berhaluan kanan iaitu Parti Likud pimpinan bekas Perdana Menteri Israel, Binyamin Netanyahu akan memperolehi 30 kerusi, Parti Buruh 21 kerusi manakala Parti Kadima pimpinan Olmert hanya akan memperolehi 13 kerusi sahaja.Undian Ha’aretz kelihatan benar sebagaimana Peretz mengumumkan beliau serius memikirkan perletakan jawatannya dalam tempoh 48 jam akan datang dan mungkin juga meletakkan jawatannya lewat Rabu ini.

Sumber-sumber akhbar berbahasa Ibrani itu memetik hampir semua sekutu Peretz membenarkan pertimbangan serius perletakan jawatan beliau di tengah-tengah gesaan dan tekanan hebat ke atas beliau untuk berhenti. Bagaimanapun, masalah Peretz tidak terhad akibat daripada laporan Winograd itu bahkan beliau dilaporkan menghadapi satu usaha untuk “menjatuhkan” kepimpinannya dalam Parti Buruh kerana telah “memalukan” reputasi parti itu.Laporan tambahan akhbar tersebut juga mencadangkan Menteri Luar Israel, Tzipi Livni supaya memikirkan perletakan jawatannya dan dijangka beliau mungkin meletakkan jawatan petang Rabu seterusnya meminta Olmert supaya turut berhenti.

Menurut sumber tertutup Olmert, Perdana Menteri itu boleh melepaskan jawatannya dan menyokong timbalannya Shimon Peres daripada menyerahkan keputusan itu kepada parti Kadima Livni.Bagi memastikan nasibnya digantung di dalam keadaan seimbang, Olmert dilaporkan bekerja keras untuk mendapatkan lebih sokongan dari partinya dalam menghadapi gelombang yang menyeru agar beliau meletakkan jawatan.Beliau dilihat dalam keadaan pucat Selasa lalu semasa melantik Ketua Polis Israel yang baru dan wajah pucat sambil menutup matanya serta penuh keletihan telah disiarkan oleh kebanyakan saluran TV satelit.