
Jumaat, 04/05/07 –
Brigade Syuhada Al-Aqsa, sayap militan Fatah mengancam akan melanjutkan perang hingga ke luar Palestin jika embargo politik dan ancaman kelaparan terhadap rakyat Palestin terus berlanjutan.
Pihak Brigade ini mengingatkan tentang akibat-akibat politik apabila embargo diteruskan yang menyebabkan kelaparan kepada rakyat Palestin. Jika ini berlanjutan, mereka mengancam akan berperang hingga ke luar Palestin.
Mereka menuduh Israel dan Amerika serta beberapa pihak terlibat dalam embargo ini. Oleh itu, pihak Brigade Al-Aqsa tidak akan bediam diri.
Mereka meminta rakyat Palestin untuk memperkukuhkan persatuan mereka dan terus
berjuang agar embargo Israel ditamatkan. Mereka mengharapkan agar negara-negara Arab
agar serius berusaha membebaskan rakyat Palestin dari embargo dan menyokong
perjuangan mereka.
Brigade al-Aqsa juga meminta kepada semua pihak sama ada badan-badan perniagaan, bank-bank, dan semua pertubuhan rakyat untuk mendukung pemerintahan perpaduan nasional Palestin untuk mengukuhkan persatuan dalam menghadapi tekanan luar.