Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin menyentuh isu pengepungan Gaza di Persidangan Turki

Rabu, 14-09-2016 – Wakil Palestin di Persidangan Turki menyeru agar semua pihak bersatu di dalam usaha Palestin untuk menghadapi kekejaman Israel dan mengekalkan semua rakyat Palestin di negara mereka sendiri, terutamanya isu Jerusalem, isu tahanan, pelarian, dan hak untuk kembali.

Ucapan penutupan itu juga menyebut agar pengepungan zalim yang dikenakan ke atas penduduk Gaza segera dihentikan. Persidangan tersebut telah disertai oleh 25 organisasi dan institusi pro-Palestin yang berpusat di Turki.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul