![]()
Rabu, 14-09-2016 – Gerakan Pejuang Islam Hamas menegaskan komitmennya terhadap pelaksanaan pilihanraya daerah tepat pada waktunya sebagaimana yang telah dijadualkan iaitu pada 8 Oktober akan datang. Hamas meminta agar gerakan Fatah menghormati Undang-Undang Pilihanraya Daerah.
Dalam keterangan yang dikeluarkan pada hari Rabu (8/9), Gerakan Hamas menyeru gerakan Fatah untuk menghormati Undang-undang Pilihanraya Daerah dan keputusan-keputusan yang telah dikeluarkan serta tidak melanggarinya dengan pelbagai alasan palsu dan tidak konstitusional.
Hamas menegaskan pentingnya menghentikan operasi memanggil para calon dan tekanan yang masih dilakukan terhadap para calon gerakan Hamas di Tebing Barat.
sumber : COMES
penterjemah : Osman