Categories
Berita Semasa

Menjelang Pelancaran Bot Wanita ke Gaza

Khamis, 15-09-2016 –‘The Freedom Flotilla Coalition’ mengumumkan pelabuhan seterusnya untuk kedua-dua bot, Amal dan Zaytouna dijadualkan bakal meninggalkan Barcelona pada 14 September dan akan tiba di Ijacco, Perancis pada 17 September. Kedua-dua bot tersebut akan berlabuh di pelabuhan Ijacco dan akan berlepas sekali lagi ke pelabuhan terakhir sebelum tiba di Gaza.

Misi ini bertujuan untuk menyekat keganasan dan kekejaman Israel ke atas Gaza. Antara yang menyertai adalah rakyat Malaysia, Dr Fauziah Modh Hasan, ahli fizik yang banyak menyertai misi kemanusiaan bersama MERCY Malaysia.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul