Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menculik pemuda Palestin , di lapangan pusat pemeriksaan secara rawak

Rabu, 14-09-2016 – Regim Zionis Israel ( IOF) pada petang Isnin menculik seorang warganegara Palestin dari Jerusalem yang dijajah dan berkhemah di pusat pemeriksaan tentera di seluruh Tebing Barat yang diduduki secara haram.

Seorang wartawan berita PIC berkata IOF meletak pusat pemeriksaan sementara di persimpangan ke kampung Hadad, di bahagian tenggara wilayah Jenin, dan mencari kenderaan Palestin. Beberapa penumpang Palestin dilaporkan terdedah kepada siasatan menyeluruh di pusat pemeriksaan.

Tentera penjajah seterusnya membuat penyekatan di pusat pemeriksaan Hawara , di selatan Nablus, dalam kedua-dua arah , menyekat pergerakan kenderaan Palestin dan warganegara untuk masuk dan keluar.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada