Categories
Berita Semasa

Penjara Israel kurung Abu al-Heija di bilik berasingan.

Isnin, 26-09-2016 – Pihak Penjara rejim Israel (IPS) bertindak mengurung seorang ketua pejuang Hamas, Jamal Abu al-Heija di bilik kurungan berasingan di penjara Eshel sebagai satu usaha untuk menekannya.

Menurut wartawan berita Palestinian Information Center (PIC), Abu al-Heija diletak sebagai tahanan yang perlu dikurung di bilik bersendirian di penjara Eshel, Beer Sheba selepas menyuarakan bantahannya terhadap layanan buruk ke atas para tahanan di penjara itu.

Pihak penjara itu, sering bertindak sesuka hati dengan menukar tahanan warga Palestin ke bilik lain setiap hari menyebabkan mereka keletihan dan itu merupakan satu penderaan fisikal terhadap tahanan. Beliau yang berasal dari daerah Jenin, utara Tebing Barat sedang menjalani hukuman penjara 9 kali umur hidupnya di penjara itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zainudin