Categories
Berita Semasa

EU sedang memikirkan untuk mengeluarkan Hamas daripada senarai pengganas

Isnin, 26-09-2016 – Kesatuan Eropah (EU) mula mempertimbangkan untuk mengeluarkan Hamas daripada senarai pengganas sebelum menyampaikan keputusan tentang hal ini kepada Mahkamah Keadilan Eropah, demikian menurut rangkaian 10 Israel pada Khamis.

Ia berlaku setelah peguam bela mahkamah itu, Eleanor Sharpston yang mana nasihat beliau selalu dipatuhi oleh para hakim dan pembuat keputusan, mencadangkan pada Khamis yang mahkamah wajar menolak satu rayuan yang difailkan oleh Jawatankuasa Eropah. Rayuan tersebut bertujuan menentang keputusan mahkamah rendah EU pada akhir 2014 untuk mengeluarkan Hamas daripada senarai sekatan dan pengganas.

Sharpston berkata, kerajaan EU wajar membentangkan bukti-bukti tuduhannya terhadap Hamas serta mengelakkan bergantung kepada maklumat dari laporan berita dan daripada negara-negara seperti Amerika Syarikat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati