Khamis, 10/05/07 –
Perdana Menteri Israel ,Ehud Olmert akan bertolak ke Jordan minggu depan bagi menghadiri Persidangan Penganugerahan Anugerah Nobel di Bandar Petra yang mana beliau dijemput oleh Yayasan Ally Faizal serta Dana Pembangunan Raja Abdullah II.
Seorang pegawai di pentadbiran Diaraja berkata bahawa “penganjur persidangan penganugerahan anugerah nobel adalah Yayasan Ally Faizal dan Dana Pembangunan Raja Abdullah II. Mereka telah menjemput Olmert yang merupakan antara kenamaan Arab dan juga bukan Arab.â€
Pegawai itu menjelaskan bahawa “hampir empat puluh orang mendapat anugerah nobel dalam berbagai-bagai bidang, antaranya Kofi Annas, Timbalan Perdana Menteri Israel, Shemon Perez. Mereka akan menghadiri persidangan ini†pada 15 dan 16 haribulan ini.
Dalam pada itu, Raja Jordan dijangka akan bertemu lebih kurang 50 orang tokoh dan kenamaan Israel, antaranya anggota Knesset serta bekas-bekas menteri. Mereka akan melawat Jordan esok sebagai memenuhi jemputan bekas perdana menteri Jordan, Abdul Salam Majali.