
Khamis, 10/05/07 –
Kerajaan Israel meneruskan kerja penggalian di Baitul Maqdis Lama serta kawasan sekitarnya dalam usaha melakukan pencabulan yang berulang-ualng di Masjid Al Aqsa.
Gambar yang diperolehi oleh Aljazeera.net mendedahkan wujudnya beberapa terowong baru di Bandar Baitul Maqdis itu, yang utama adalah terowong besar yang dijumpai baru-baru ini, iaitu mengunjur dari kawasan Al Magharibah ke Ain Salwan di mana ia menghubungkan Bandar Salwan dengan Tembok Al Barraq. Tembok ini dipanggil Tembok Al Mabka oleh orang Israel.
Gambar-gambar tersebut menunjukkan bahawa terowong itu mengunjur dalam jarak yang panjang di bawah tanah antara Batu Besar di sebuah kawasan yang dikawal ketat oleh pihak berkuasa Israel bagi menghalangnya daripada didekati.
Terowong itu juga mengunjur dari Bandar Ain Salwan dan bertemu terowong lain yang mengunjur sekitar Bandar tersebut yang mana pihak Israel cuba menguasainya kerana mereka mendakawa ianya adalah Bandar Nabi Allah, Daud (Alaihis Salam) yang mulia.