Pengerahan Pasukan Keselamatan Timbulkan Perselisihan Faham.


Jumaat, 11/05/07 –
Jurucakap kerajaan Palestin berkata bahawa pengerahan pasukan keselamatan Palestin di jalan-jalan di Ghaza serta kawasan-kawasannya adalah tidak termasuk di dalam pelan keselamatan kerajaan. Ia mengesahkan bahawa modus operandi bagi pelan tersebut akan diputuskan hari ini dalam mesyuarat Perdana Menteri, Ismail Haniyeh di Ghaza bersama ketua-ketua pasukan keselamatan.

Dalam pada itu, jurucakap pasukan penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri, Islam Syahwan menegaskan bahawa pasukan tersebut “setakat ini tidak menyertai pengerahan tersebut, namun ia akan menyertainya nanti apabila pelan itu dilaksanakan secara rasmi.” Beliau menjelaskan lagi, hari ini adalah di peringkat permulaan supaya rancangan tersebut dilaksanakan dengan menyeluruh.

Dalam perkembangan yang sama, mengenai terdapat perselisihan berhubung perlaksanaan pelan keselamatan tersebut, Menteri Dalam Negeri, Hani Al Qawasmi menganggap proses pengerahan pasukan keselamatan itu telah selesai hari ini tanpa dibawa berunding dan berpandukan kepada “pandangan dan inisiatif dari beberapa pegawai tinggi polis”.

Anggota Suruhanjaya Pusat Fatah, Nabil Sya’th pula berkata kepada Aljazeera di Ghaza bahawa pasukan keselamatan yang memakai uniform yang sama akan dipantau oleh Fatah dan Hamas dan akan mendapat arahan daripada Kementerian Dalam Negeri

Mengenai pendirian briged terhadap pelan keselamatan, Hamas dalam satu kenyataan berkata, “pengerahan pasukan keselamatan serta penguatkuasaan pelan keselamatan berlaku secara mengejut tanpa diselaras bersama pertubuhan dan anggota briged.”