Haneya Bertemu Qowasimi Bincang Isu Keamanan.


Isnin, 14/05/07 –
Perdana Menteri Palestin, Ismael Haneya, Sabtu (12/5) bertemu dengan Menteri Dalam Negeri, Hani Al-Qowasimi dan beberapa orang penasihat keamananya membincangkan situasi keamanan dalam negeri serta langkah-langkah untuk mengatasinya, sebagaimana yang telah disepakati pada pertemuan tiga minggu yang lalu.

Juruckap Perdana Menteri, Gazi Hamdi menyatakan bahawa mereka telah sepakat berkenaan langkah-langkah keamanan serta prosedur pelaksanaanya. Perbincangan seterusnya akan diadakan untuk membahaskan berkenaan badan keamanan yang terdiri dari badan ekskutif, legislatif dan beberapa fraksi Palestin.

Hasil pertemuan ini disambut baik oleh presiden Palestin, Mahmud Abbas. Beliau berjanji akan mendukung langkah-lengkah tersebut untuk memastikan keamanan di dalam negeri dengan memberikan sokongan penuh kepada Al-Qowasimi.

Dalam pada itu, Hani Al-Qowasimi masih tetap akan mengajukan pengunduran diri jika tidak diberi kuasa penuh dari pihak presiden untuk menjalankan tugas-tugasnya. Ini kerana sehingga kini, tersebarnya pasukan keselamatan Palestin di banyak tempat di Semenanjung Gaza namun masih belum dapat melaksanakan langkah-langkah keamanan,
katanya.