Israel Ugut Buka Kawasan Berasingan di Gaza.


Jumaat, 11/05/07 –

Tentera Israel berkata ia telah selesai menyediakan rancangan baru bagi membuka kawasan berasingan di sekitar Ghaza bagi mengelakkan pengeboman roket Palestin ke arah Israel.

Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert telah mengugut untuk membalas pelancaran roket buatan tempatan yang berterusan dari Ghaza ke arah penempatan Israel di sebelah Barat.

Dalam pada itu, sumber Israel berkata bahawa pemimpin tentera Israel, telah mencadangkan kepada Olmert supaya melancarkan operasi ketenteraan darat besar-besaran di Ghaza.

Sumber tersebut menambah, Olmert mengarahkan supaya melakukan operasi terhad di Ghaza selepas dinasihati oleh beberapa penasihatnya mengenai kegagalan operasi tentera besar-besaran serta akan menerima banyak kritikan. Pada masa yang sama beliau masih mencuba untuk memperbaiki hasil keputusan suruhanjaya Finograd yang mendakwanya dan Menteri Pertahanan, Amer Beretz bertanggung jawab terhadap kegagalan dalam perang Lubnan baru-baru ini.