Rejim Zionis menceroboh Tulkarm, menyerbu rumah pengarah pejabat PLC


Rabu, 16/05/07 –Askar-askar Rejim Zionismenyerang bandar raya Tulkarm dan beberapa kem berdekatan pada subuh Selasa dan mengempur beberapa rumah, termasuk pejabat pengarah PLC Jamal Hadaiydeh dan beberapa anggota Hamas, menurut sumber-sumber tempatan.


Askar-askar Rejim Zionis juga mengempur rumah Iyad Abu Salah, dimana tercedera beberapa bulan yang lepas akibat peristiwa tragik di Semenanjung Gaza, di mana penembak Fatah menembak beliau secara terbuka sehingga mengalami kecederaan yang serius.

Walaupun, askar-askar Rejim Zionis mengetahui bahawa Abu Salah,dimana beliau dipaksa oleh pihak berkuasa Jordan agar pulang tanpa menghabiskan rawatan perubatan ,kini beliau berada di hospital bandar raya Tulkarm, mereka menyerbu rumahnya untuk kali kedua dalam masa seminggu kerana mereka tidak mahu menangkapnya di hospital dengan mengandaikan akibat kesihatannya.

Berdekatan daerah Jenin, satu unit rahsia Israel yang berpakaian pereman dan diperkuatkan oleh 18 orang tentera berkenderaan mengempur bandar Qabatiya pada petang Isnin,selatan Jenin, dan menculik ahli pergerakan Jihad Aburrab, dan tiga ahli keluarganya selepas meluru masuk ke rumahnya,menurut saksi di tempat kejadian.

Tambahan pula, sepanjang serangan mendadak ke dalam bandar Bethlehem, Ramallah, Al-Khalil dan Nablus di Tebing Barat, askar-askar telah menculik sepuluh orang warganegara pada pagi Isnin mengatakan akan bergabung antara Hamas dan Fatah selepas kejadian pengempuran rumah mereka.