Tamimi memberi amaran mengenai cubaan mengebom Al-Aqsa.


Rabu, 16/05/07 –
Ketua pegawai agama Palestin Selasa lalu memberi amaran terhadap sebarang cubaan terbaru Yahudi untuk mengebom Masjid Al-Aqsa yang terletak di dalam kawasan Baitul Maqdis.

Tamimi berkata bahawa kerajaan Israel bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang kemusnahan yang akan berlaku akibat tindakan itu sambil menegaskan bahawa Masjid Al-Aqsa adalah sebahagian daripada aqidah umat Islam dan Islamik secara keseluruhannya. Beliau juga turut berkata bahawa Yahudi tidak mempunyai apa-apa hak ke atas Masjid-Al-Aqsa yang merupakan masjid suci umat Islam dan hanya muslim sahaja yang berhak menentukan siapakah yang boleh memasukinya. Beliau mengeluarkan amaran tersebut selepas rabai Yahudi melakukan jelajah keagamaan di Plaza Aqsa di bawah pengawasan polis Israel beberapa hari lalu sempena penguasaan 40 tahun rejim itu ke atas Masjid Al-Aqsa.

Tamimi yang juga Pengerusi Badan Kehakiman Tinggi Islam merayu kepada rakyat Palestin terutamanya mereka yang tinggal di Baitul Maqdis dan tanah yang dikuasai pada tahun 1948 agar selalu pergi ke masjid tersebut dan mengawalnya dari cubaan jahat sebegitu. Ketua hakim itu turut menyeru masyarakat Islam antarabangsa, masyarakat Arab yang prihatin serta institusi-institusi Islam agar berganding bahu dan bertanggung jawab terhadap Al-Aqsa juga Baitul Maqdis yang tertawan. Beliau meminta mereka bertindak sewajarnya untuk memeriksa polisi kerajaan Israel terhadap kawasan suci tersebut.

Tamimi turut menyelar jenayah yang dilakukan oleh penduduk awam Zionis yang menyembelih penduduk Baitul Maqdis berbangsa Arab, Tayseer Al-Karki Isnin lalu sambil menyifatkan bahawa tindakan berdosa itu mendedahkan sifat busuk hati dan kebencian Zionis terhadap masyarakat Arab. Beliau akhirnya meminta semua paksi Palestin agar menumpukan perhatian terhadap Masjid AL-Aqsa yang kini menjadi sasaran terhadap kempen buas dan terlampau rejim Israel yang telah mengekspoitasi beberapa kejadia yang berlaku di Palestin sebagai alasan untuk menghancurkan Al-Aqsa.