Categories
Berita Semasa

Hamas menyeru selamatkan nyawa para tahanan yang mogok lapar

Selasa, 27-12-2016 – Gerakan Islam Hamas menyeru pertubuhan-pertubuhan hak asasi agar segera campur tangan bagi menyelamatkan nyawa para tahanan Palestin Anas Shadid dan Ahmed Abu Fara yang mogok lapar sejak 85 hari lepas sebagai bantahan ke atas penahanan tanpa bicara.

Dalam kenyataan akhbar pada Isnin, gerakan itu menyatakan yang rejim Israel bertanggungjawab ke atas nyawa para tahanan dan arahan mahkamah rejim Israel agar memaksa para tahanan yang mogok untuk makan adalah bertentangan dengan undang-undang dan resolusi antarabangsa. Gerakan itu turut menekankan tentang kepentingan menyokong isu ini dari segenap lapisan sehingga kedua-dua tahanan itu dibebaskan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati