
Selasa, 27-12-2016 – Ahli biro politik Hamas, Ezzat Resheq menyelar keras “jenayah menembak” yang mensasarkan anggota polis dan pelancong di bandar Karak, selatan Jordan pada hari Ahad lalu.
Resheq, menerusi laman Twitter rasminya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dengan menulis, “Ya Allah, selamatkanlah Jordan dan rakyatnya.”
Menurut pegawai polis Jordan, dalam kejadian terbaru itu, sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera apabila sekumpulan lelaki yang bersembunyi di sebuah bangunan lama abad pertengahan bertindak melepaskan tembakkan ke arah anggota keselamatan dan pejalan kaki di bandar tersebut.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali