
Selasa, 27-12-2016 – Tentera Israel (IOF) menahan seorang wanita Palestin berhampiran bandar Qalqilya, di utara Tebing Barat kerana didakwa memiliki sebilah pisau berhampiran salah satu pusat pemeriksaan di pintu masuk bandar, menurut laman web Ibrani 0404.
Laman web itu berkata, tentera Israel menahan gadis itu untuk siasatan selepas disyaki merancang cubaan menikam tanpa mendedahkan apa-apa maklumat mengenai pengenalannya.
Sejak intifadha meletus pada bulan Oktober 2015 dan sehingga hari ini, tentera IOF menahan berpuluh-puluh lelaki dan wanita muda kerana didakwa memiliki alat-alat tajam dan didakwa cuba untuk melancarkan serangan menikam tentera dan peneroka Israel.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin