Categories
Berita Semasa

Israel halang 69 warga Palestin keluar negara minggu lepas.

Selasa, 24-01-2017 – Pihak penjajah Israel, minggu lepas menghalang 69 warga Palestin dari meneruskan perjalanan mereka keluar negara melalui pintu sempadan al-Karama ke Jordan yang merupakan satu-satunya laluan keluar bagi penduduk Palestin yang tinggal di Tebing Barat.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis di Ramallah menyatakan yang pihak rejim Israel tidak memberikan sebab perintah halangan itu dibuat sebaliknya mengatakan ia atas alasan keselamatan.

Kenyataan itu juga menyebut bahawa pada minggu lepas lebih 43, 000 penduduk Palestin dibenarkan meneruskan perjalanan mereka melalui pintu sempadan tersebut dari kedua-dua arah samada keluar atau masuk kecuali 42 orang yang dihalang dan mereka telah ditahan oleh pihak polis Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali