Categories
Berita Semasa

Kementerian: Sekat hak pendidikan tahanan Palestin bakal cetus isu perkauman

Jumaat, 27-01-2017 – Kementerian Penerangan Palestin berkata bahawa perbincangan Knesset Israel terhadap draf undang-undang untuk menghalang tahanan Palestin untuk meneruskan pengajian akademik mereka bakal mencetuskan isu perkauman.

Kementerian itu dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa kerajaan Israel sedang mengikuti satu dasar baru terhadap tahanan Palestin di penjara itu yang menafikan undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan konvensyen Geneva. Kementerian turut menegaskan bahawa pihak berkuasa Israel cuba menafikan hak tahanan Palestin dalam urusan pendidikan dan rawatan perubatan.

Kenyataan itu juga menekankan keperluan untuk memberi tekanan kepada pihak berkuasa Israel untuk menghormati undang-undang demi memastikan hak asasi tahanan terjamin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin