
Selasa, 22/05/07 –
Isnin lalu, Ismail Haneyya menegaskan bahawa rakyat Palestin berhak untuk merampas kembali tanah yang telah di ceroboh oleh pihak Zionis sambil berpendapat penentangan merupakan jalan terbaik.
Haneyya berkata demikian di Masjid Omari di Bandar Gaza ketika proses pengebumian 8 pejuang Palestin yang terbunuh Ahad lalu di dalam serangan peluru berpandu oleh Rejim Zionis ke atas rumah pemimpin Hamas, Dr. Khalil Al-Hayya.
Haneyya juga menyeru kepada rakyat Palestin utuk terus bertahan dalam sekatan dari pihak berkuasa Amerika yang telah mencecah 1 tahun sambil menyeru untuk terus memberi tentangan hebat sehingga mencapai kejayaan.
Beliau memberitahu kepada ribuan yang hadir bahawa jawatan mentri tidak penting bagi beliau akan tetapi misi utamanya adalah untuk mempertahankan darah rakyat Palestin
Haneyya kemudian memebri ucap takziah kepada Dr. Hayya yang telah kehilangan 7 anggota keluarga beliau di dalam serangan kejam tersebut. Haneyya juga mengucap takziah kepada keluarga Hayya, Fayumi dan Farwana di atas kematian saudara mara mereka.