
Selasa, 22/05/07 –
Sebiji peluru berpandu rejim Zionis telah memusnahkan kilang simen di bandaraya Gaza sebelum subuh hari Isnin dan mengorbankan seorang orang awam Palestin dan meratakan pokok-pokok di situ, sumber masyarakat tempatan di situ.
Rejim Zionis melancarkan serangan lewat malam tadi dan sebelum subuh hari Isnin yang menyebabkan kerugian besar di merata kawasan Semenanjung Gaza. Sebiji peluru yang dilancarkan oleh rejim Zionis malam semalam telah meranapkan rumah seorang anggota briged Quds, sayap bersenjata pergerakan jihad Islam, di kem pelarian Nusseirat di pusat Gaza tetapi tiada kecederaan dilaporkan.
Di utara Gaza, sebuah kumpulan yang bergabung dengan sayap-sayap bersenjata Fatah terselamat daripada serangan peluru tersebut yang disasarkan kepada mereka. Sumber-sumber perubatan berkata pada Ahad malam, seorang remaja Palestin telah terbunuh dalam letupan “suatu benda sangsi” di Rafah.