Terkini ! Keputusan mengejut Sharon


Rabu, 15 September 2004- Menteri kerajaan haram Israel meluluskan pakej gantirugi utk menggalakkan koloni Yahudi yg selama
ini menduduki secara haram di Gaza supaya berpindah.


Kabinet keselamatan Sharon(kepala pengganas) telah mengundi 9-1 terhadap pelan ini semalam.
Radio Israel melaporkan mereka yg berpindah akan
mendapat antara 200 ribu hingga 300 ribu tiap2 seorang.

Sumber menyifatkan mesyuarat semasa memutuskan pelan itu agak tegang. Ia menandakan bermulanya operasi pengunduran secara mutlak 8000 orang Yahudi dan 4 penempatan Yahudi di Tebing Barat tahun hadapan.

Reaksi begitu histerik

Eran Sternberg, jurucakap kepada penduduk Gaza, marah dgn keputusan tersebut dan menyatakan Sharon tiada hak utk mengundurkan mereka.
Keputusan mengejut Sharon ini memungkinkan berlakunya pepecahan dalam partinya , hilang sokongan dan juga boleh membahayakan nyawanya.

Polis Israel semalam turut menyiasat ancaman bunuh terhadap Sharon dan Jonathan Bassi (ketua pentadbiran).

Manakala itu lebih 10 ribu Yahudi berdemonstrasi membantah keputusan Sharon. Menteri Kewangan Israel, Benyamin Netanyahu menggesa Sharon supaya menyerahkab pelan itu utk undian ramai tetapi Sharon menolaknya kerana tiada masa
berbuat demikian.

“Tiada penangguhan utk pelan ini berpandukan tarikh yg telah ditentukan”, Sharon
berkata.