
Khamis, 16 September – 10 rakyat Palestin
, 5 antaranya adalah pejuang dan budak perempuan berusia 11 tahun terbunuh dalam serangan pengganas Israel di Tebing Barat, bandar Nablus dan Jenin semalam.
Serbuan rejim jahanam ini di utara Tebing Barat turut mencederakan 30 orang yang lain. Budak lelaki berusia 10 tahun sekarang dalam keadaan kritikal selepas ditembak dikepala.
Pengganas Israel ini seperti biasa menyerang
lengkap dengan kereta kebal dan helikopter,
mengepung bangunan yg disyaki wujudnya pejuang Palestin menurut koresponden al-Jazeera di sana.
Budak perempuan, Mariam al-Nakhlah ditembak apabila dia keluar apabila ambulan tiba.”Tembakan mengenai mukanya”, nenek kepada Mariam berkata. Antara yang terkorban adalah ahli Brigade al-Aqsa.
Pengganas turut memusnahkan bangunan sejurus serangan dibuat. Penduduk setempat di arah keluar manakala penembak tepat (sniper) sudah bersedia di atas bumbung menunggu masa utk menembak mereka yang di syaki ahli brigade al-Aqsa.
(Gambar bawah kanan) Jentolak sedang merobohkan bangunan
Media tidak dibenarkan masuk ke tempat kejadian
utk membuat liputan menurut al-Jazeera.