
Rabu, 23/05/07 –Askar-askar rejim Zionis yang berpangkalan di Tebing Barat dan bersempadan dengan Jordan pada Isnin lepas telah menahan seorang pesakit Palestin yang kembali ke rumahnya di Tulkarm selepas menerima rawatan di Eropah akibat kecederaan yang dilakukan oleh mereka. Saudara-mara Omar Kamal Abu Nima, 21, berkata dia mengalami kecederaan teruk selepas serangan peluru rejim Zionis di kem pelarian Tulkarm kira-kira setahun yang lalu. Peluru-peluru rejim Zionis menembusi belakang, perut dan kakinya, menurut mereka.
Omar keluar lapan bulan lepas untuk menjalani rawatan di Norway dan Perancis dan apabila dia cuba kembali ke rumah, askar rejim Zionis menahannya di atas jambatan yang menghubungkan negara Jordan dan Tebing Barat dan dibawa ke kem tahanan Hawara di selatan bandar Nablus. Pada hari Isnin itu juga askar-askar rejim Zionis menculik tiga pemuda Palestin di kem pelarian Arab utara bandar Al-Khalil selepas menggeledah rumah-rumah keluarga mereka, menurut melaporkan sumber tempatan.