Penyertaan Israel Dalam Forum Ekonomi Dunia Di Selar.


Rabu, 23/05/07 –

Hamas mengutuk penyertaan Israel dalam Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Jordan yang berakhir Ahad lalu dan menganggapnya sebagai satu langkah daripada siri cubaan kumulatif rejim Arab ke arah memulihkan hubungan dengan kerajaan Israel, menurut jurucakap Hamas di Tebing Barat.

Jurucakap tersebut menambah forum ekonomi telah dimulakan dengan siri mesyuarat separa rasmi serta lawatan rasmi daripada beberapa kerajaan Arab sebagai protokol diplomatik dan peraturan formal yang menyelamatkan Israel daripada ketiadaan projek politik dan menunjukkannya sebagai sebuah negara yang seolah-olah cintakan keamanan.

Jurucakap juga berkata, “Apa yang membuatkan perkara yang dibincangkan menjadi teruk dalam forum ini ialah Israel yang diwakili oleh Shimon Peres (yang menyertai forum) mencetuskan kempen tentera yang belum pernah berlaku di Semenanjung Gaza di mana pembunuhan beramai-ramai setiap hari sudah menjadi kenyataan dan peristiwa ini tetap tidak mengubah pendirian rejim Arab.

Jurucakap itu juga berkata perkara yang menyebabkan rasa satu penghinaan atas kecederaan yang dialami keluarga-keluarga yang disembelih di Gaza ialah melihat Saeb Erekat duduk di sebelah Shimon Peres seperti seorang rakan atau seorang kawan rapat tetapi pada masa yang sama beliau bertanggungjawab selaku ketua jabatan perundingan dalam PLO yang tidak berperanan seperti sepatutnya untuk memecahkan pengasingan Israel dan mencari jalan keluar daripada krisis politik tersebut.