
Jumaat, 25/05/07 –
Pergerakan Hamas pada Khamis lalu memberitahu bahawa usaha pihak Israel yang cuba menghapuskan pergerakan daripada arus politik Palestin akan berakhir dengan kegagalan sepertimana kempen-kempen lepas termasuk pembunuhan, penahanan dan pengusiran.
Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Hamas di Tebing Barat menyebutkan “kempen jenayah Israel yang zalim masih berterusan terhadap penduduk Palestin dan pemimpin mereka”.
“Kempen ganas Zionis” merupakan yang terkini dari satu siri serangan ke atas Hamas yang dilancarkan sejak dua dekad penubuhannya dahulu, dan kenyataan itu menyebut kempen berkenaan mendedahkan moral yang rendah di pihak Israel setelah menahan beberapa orang tua yang berada dialam lingkungan umur 60-an.
Hamas berkata cubaan Israel itu bertujuan untuk menggagalkan tindakan Hamas, dan ia menambah bahawa pergerakan itu bersedia membayar dengan harga yang paling tinggi bagi melindungi segala usaha penentangan mereka.
Dalam perkembangan berkaitan, Speaker PLC Dr. Ahmed Bahar menyelar tindakan Israel yang menculik seorang menteri PA, tiga penggubal undang-undang dan hampir 30 orang pemimpin perbandaran dan anggotanya.
Bahar mahu Israel bertanggungjawab terhadap nyawa MP yang diculik terutama Hamed Al-Beitawi yang menghidapi beberapa penyakit.
Beliau menyeru PBB, parlimen dunia dan institusi-institusi rasmi seluruh dunia untuk campur tangan dan memberi tekanan kepada IOA bagi membebaskan menteri-menteri Palestin, penggubal undang-undang dan pegawai lain yang diculik.