
Jumaat, 25/05/07 –
Sumber Keselamatan Diplomatik Al-Quds membongkar rancangan rahsia Dewan Kabinet kerajaan Israel. Mereka mensasarkan untuk membunuh 16 pemimpin politik dan ketenteraan Hamas yang berada di wilayah Palestin ataupun di luar.
Sumber diplomatik yang tidak mahu disebutkan namanya mengatakan hal tersebut kepada
wartawan Quds Press semalam(24/5) di Al-Quds. Beliau mengatakan, satu kumpulan khas
yang akan dibentuk dari pegawai tertinggi keselamatan pihak perisikan Israel di luar
negeri ?Mosad? dan perisikan dalam negeri “Shabak” di samping perisikan ketenteraan
Israel “Aman” yang akan melakukan tugas ini.
Dalam tugasnya mereka juga bersandarkan informasi yang diberikan oleh badan perisikan Arab dan Palestin, tentang individu yang menjadi sasaran pembunuhan mereka.
16 orang yang akan menjadi sasaran pembunuhan kumpulan khas Israel ini adalah:
1. Khalid Misy’al (Ketua Biro Politik Hamas)
2. Ismael Haneya (Perdana Menteri Palestin)
3. Muhammad Nazal (Anggota Biro Politik Hamas)
4. Imad Ilmi (Anggota Biro Politik Hamas)
5. Said Shiyam (Mantan Menteri Dalam Negeri Palestin)
6. Mahmud Zehar (Mantan Menteri Luar Palestin)
7. Basim Naim (Mantan Menteri Kesihatan dan Menteri Pemuda dan Olahraga)
8. Usamah Al-Mazini (Anggota Pimpinan Politik Hamas di Gaza)
9. Kholil Hayyah (Anggota Parlimen Palestin)
10. Futuhi Hammad (Anggota Parlimen)
11. Musyir Al-Misri (Anggota Parlimen)
12. Muhammad Dhaif (Komandan Tertinggi Al-Qassam)
13. Marwan Isa (Komandan Izzudin al-Qassam)
14. Raed Said (Komandan Izzuddin Al-Qassam)
15. Ahmad Al-Ja’bari (Komandan Al-Qassam)
16. Ahmad Al-Anburi (Anggota Komandan Al-Qassam)
Daripada 16 aktivis Hamas yang menjadi target pembunuhan Israel, 11 diantaranya adalah pimpinan politik, 5 orang komandan tentera. Semuanya tinggal sama ada di Gaza atau luar Palestin. Kemungkinan tidak ada aktivis Hamas dari Tebing Barat adalah
kerana mudahnya mereka menyerbu Tebing Barat, tidak seperti Gaza, menurut sumber itu.