Amerika Beri Lampu Hijau Kepada Israel Supaya Terima Seruan Syria.


Selasa, 29/05/07 –
Tajuk utama akhbar Israel pada hari ini, Isnin adalah Amerika telah memberikan lampu hijau kepada Israel supaya menerima seruan Syria untuk meneruskan rundingan damai, memberi amaran mengenai pembekalan senjata kepada Fatah di samping pengerahan tentera Arab di Ghaza.

Akhbar Haertz berkata bahawa Washington telah memberikan Israel lampu hijau bagi menerima undangan Presiden Syria, Basyar Al Asad yang mahu memulakan rundingan damai antara Syria dan Israel dengan mengubah pendirian dalam beberapa syarat terdahulu.

Akhbar tersebut berkata bahawa pentadbiran Bush membenarkan Israel untuk berbincang mengenai masa depan Bukit Golan serta pentadbiran keselamatan dan perjanjian damai Syria-Israel.

Washington mensyaratkan kepada Israel supaya tidak bersetuju mengenai sebarang rundingan meskipun ia secara tidak langsung mengenai pendirian Amerika atau masa depan Lubnan.

Antara tajuk yang tidak termasuk di dalam skop rundingan antara Syria dan Israel adalah Lubnan dan peranan Syria dalam keganasan, kewujudan pergerakan “pengganas” di Damsyik, penglibatannya dalam menyeludup senjata kepada Hizbullah, wilayah Palestin dan juga hubungan ketenteraan Iran dengan Syria.