
Selasa, 29/05/07 –
Forum Ekonomi Antarabangsa yang berlangsung di Laut Mati, di Jordan menyaksikan hari terakhir perbincangan Arab-Israel yang hangat dalam satu forum menjurus ke arah konflik Timur Tengah.
Forum tersebut menyaksikan perbincangan hangat yang mana ia telah menyaksikan perbincangan antara Setiausaha Liga Arab, Amru Musa dan Shemon Perez, Timbalan Perdana Menteri Israel.
Musa telah menyatakan pendirian Israel dan berkata bahawa rakyat Israel tidak bertutur dengan satu bahasa. Beliau masih tidak tahu siapa yang bercakap di atas nama Israel pada akhirnya sambil mendakwa Israel bertanggungjawab ke atas pembunuhan di Ghaza.
Perez yang meninggalkan forum tersebut selepas itu merasa kecewa dan sedih terhadap ungkapan yang digunakan Musa. Beliau berkata, “Israellah pihak yang cukup bersabar,†sambil menganggap masalah tersebut bukan terletak di bahunya, dan juga bukan di bahu negara-negara Arab yang mencadangkan pelan damai, tetapi mereka semua itu adalah “Iran, Hamas dan Hizbullahâ€.
Perez juga menganggap cadangan Arab adalah seperti “muzik Arab yang baru, tetapi tidak berbunyiâ€. Beliau menjurus kepada saranan kepada negara Arab supaya melakukan proses neutralisasi sebelum berdamai menerusi saranannya kepada Negara Arab untuk mengadakan rundingan secara langsung serta disusuli dengan perbincangan untuk menyelesaikan konflik politik dan ekonomi serta pembangunan. Beliau menyatakan bahawa projek terusan Bahrain antara Jordan dan Israel serta kerajaan Palestin adalah contoh persepakatan yang dikongsi di rantau itu.